Zara High School Ep 2

Tepat jam 7.20, Dhiya dan Isha tiba di Zara High School. Lama mereka menatap sekolah itu. Rindunya!

"Kak ! Cepatlah. Nanti lewat. " Isha mematikan lamunan Dhiya. Dhiya hanya tersengih persis kerang busuk di pasar segar. Kemudian , dia mengikut langkah Isha yang mula memasuki dewan sekolah yang penuh dengan tulisan kata semangat di dinding. Tahun lepas tidak sebanyak ini ! Buat perubahan agaknya. Fikir Isha.

Isha tingkatan 1 Rose manakala Dhiya tingkatan 3 Bougainvilla dan merupakan seorang pengawas. Siapa guru kelas mereka ? Mereka pun tidak tahu!

Antara guru yang paling popular di Zara HS ialah :

1. Cikgu Lola
--Guru yang paling garang sekali. Walau jarum jatuh pun dia boleh dengar. Tajam telinganya! Dia pernah membaling kerusi kepada Wafiy , budak tingkatan 4. Wafiy pula loyar buruk, terus menyambut kerusi itu dan membalingnya pula kepada Cikgu Lola!

2.Cikgu Zul Afifin

--Guru yang tegap badannya ala ala Fahrin Ahmad! Dia baik dan digilai pelajar perempuan. Bajunya sentiasa ketat mengikut tubuh dan dia mengajar subjek Sukan. Namun , Cikgu Zul suka menggubah bunga ! 💐🍀🍃

3.Cikgu Durrah

--Guru yang kecil dan kerdil. Ketinggiannya hanya 140 cm sahaja ! Ini kerana cikgu Durrah diaahkan kerdil. Apabila guru itu memandang pelajarnya, dia terpaksa mendongak ke atas. Oh , sadis sungguh!

Kring!!!!

Loceng awal sekolah berbunyi kuat di telinga setiap murid. Ini menandakan waktu rasmi berada di sekolah sudahpun tiba. Seperti biasa , hari Isnin ada perhimpunan. Boring !

"Marsha!"Dhiya teruja bagai mahu gila. Ingat BFF nya itu tidak hadir. Rupanya , menyorok ! Sengajalah itu. 😝😝

"Dhiya ! I miss you , friend." Marsha berlagak romantik. Nak muntah? Dipersilakan. Hahaha.

Dhiya hanya ketawa. Tiada masa mahu berbual panjang kerana Puan Madiha sudah menyuruh semua murid duduk di tapak perhimpunan.

Bersambung..

Kalau best , boleh tunggu episod akan datang!
Tak best? Boleh blah,😁😁


No comments: