Tutorial Blockquote At Sidebar

Assalamualaikum !~ This is my 1st tuto. It's already made by me. No repost from someone. Kita nak belajar cara letak blockquote di sidebar.
1. Copy kod ni
  
<blockquote>TEXT</blockquote>
Merah : Ubah dengan ayat kamu
2. Paste di kod sidebar korang bagi blogskins.
3. Yang template designer , paste di HTML / Javascript. Dibawah ialah contoh blockquote . Gambar by Lyssa :)

Zara High School Ep 1

EUntuk dia, hey! Untuk dia , hey!

Pekak telinga Ainul Mardhiah mendengar lagu itu. Mana tidaknya, dia memasang 'alarm' lagu itu ! Kacau tidur sahaja !

' Malasnya mahu bangun. Tidur baliklah,' gumam hati Ainul. Ops , dia tidak suka dipanggil Ainul tetapi Dhiya. Ya , Dhiya. DHiya kembali menarik selimut busuknya hingga ke paras ketiak. Kemudian, dia menguatkan lagi kesejukan penghawa dingin. Sejuknya bagai di Kutub Utara!

"Dhiya! Dhiya! Bangun!" Terdengar suara bingit yang cuba mengejutkan Dhiya. Siapa pula itu? Dhiya mencebik. Ada sahaja yang mahu kacau daun. 💐🍃🍃

' Siapa? Jangan kacaulah. Orang mahu tidur !" laung Dhiya dengan kuatnya.

" Dhiya,kamu hari ini sekolah bukan? Cepat! Sekarang sudah pukul 6.45." What? Cuti dua bulan sudah habis? Sekejapnya!

Tersentak mendengar berita itu , Dhiya bingkas bangun. Berlari ala ala pelesit ! Tuala yang tersangkut di tiang katil direntap kuat. Tidak sampai dua minit, keluarlah Dhiya dari bilik mandi.

"Kakak mandi kerbau,ya?" Nurul Aishah yang suka digelar Isha memerli. Sesekali dia membetulkan tudungnya. Hari pertama perlu tampak hebat !

Isha sudah lengkap berbaju sekolah. Intuk pengetahuan semua, mereka bersekolah di sekolah swasta iaitu Zara High School. Sekolah itu sekolah cemerlang lima tahun berturut turut. Isha memang begitu , selalu bangun awal daripada kakaknya yang agak malas. 😁

Oh yeah ! Tepat jam 7 mereka sudah sedia duduk di meja sarapan. Bibik Wati menyediakan sarapan yang amampu menggugat iman. Roti bakar keju, Pisang goreng , bijiran, koko krunch dan air pelbagai jenis. Teko dari Perancis diisi teh o yang manis kelat. Jag kaca berkilat diisi susu segar yang membantu rumbesaran.

"Tak sabar mahu ke sekolah! Old friends, wait me!" Isha mula menggedik. Lantas dia melantak dengan gelojoh. Hai, tiada ciri Gadis Melayu langsung!

10 minit diperuntukkan untuk makan sepuasnya. Puan Siti sudah menghidupkan enjin. Lau, pergilah mereka ke Zara High School...

Bersambung~!

Zara High School Ep 2

Tepat jam 7.20, Dhiya dan Isha tiba di Zara High School. Lama mereka menatap sekolah itu. Rindunya!

"Kak ! Cepatlah. Nanti lewat. " Isha mematikan lamunan Dhiya. Dhiya hanya tersengih persis kerang busuk di pasar segar. Kemudian , dia mengikut langkah Isha yang mula memasuki dewan sekolah yang penuh dengan tulisan kata semangat di dinding. Tahun lepas tidak sebanyak ini ! Buat perubahan agaknya. Fikir Isha.

Isha tingkatan 1 Rose manakala Dhiya tingkatan 3 Bougainvilla dan merupakan seorang pengawas. Siapa guru kelas mereka ? Mereka pun tidak tahu!

Antara guru yang paling popular di Zara HS ialah :

1. Cikgu Lola
--Guru yang paling garang sekali. Walau jarum jatuh pun dia boleh dengar. Tajam telinganya! Dia pernah membaling kerusi kepada Wafiy , budak tingkatan 4. Wafiy pula loyar buruk, terus menyambut kerusi itu dan membalingnya pula kepada Cikgu Lola!

2.Cikgu Zul Afifin

--Guru yang tegap badannya ala ala Fahrin Ahmad! Dia baik dan digilai pelajar perempuan. Bajunya sentiasa ketat mengikut tubuh dan dia mengajar subjek Sukan. Namun , Cikgu Zul suka menggubah bunga ! 💐🍀🍃

3.Cikgu Durrah

--Guru yang kecil dan kerdil. Ketinggiannya hanya 140 cm sahaja ! Ini kerana cikgu Durrah diaahkan kerdil. Apabila guru itu memandang pelajarnya, dia terpaksa mendongak ke atas. Oh , sadis sungguh!

Kring!!!!

Loceng awal sekolah berbunyi kuat di telinga setiap murid. Ini menandakan waktu rasmi berada di sekolah sudahpun tiba. Seperti biasa , hari Isnin ada perhimpunan. Boring !

"Marsha!"Dhiya teruja bagai mahu gila. Ingat BFF nya itu tidak hadir. Rupanya , menyorok ! Sengajalah itu. 😝😝

"Dhiya ! I miss you , friend." Marsha berlagak romantik. Nak muntah? Dipersilakan. Hahaha.

Dhiya hanya ketawa. Tiada masa mahu berbual panjang kerana Puan Madiha sudah menyuruh semua murid duduk di tapak perhimpunan.

Bersambung..

Kalau best , boleh tunggu episod akan datang!
Tak best? Boleh blah,😁😁


New Year 2015

Happy new year semua !! Sorry lambat wish. Hari ni 18 Jan . Ada AJL woho0 !~ So minta ampun ujung rambut ujung kaki tahape sume oke ? Saye dah masuk tahun 6 dah. Omaigucci ada UPSR ! Harap korang doakan saye 5A++++ ye ? Hahaha. +++++ tu insyaallah. Haa, gambar bwh ni saya buat ye. Nak ambik sila credit. Faham ??

So tu jelah ari ni . esok sekolah. Woho0!~